Rasulullah saw,bersabda,”Wahai sekalian manusia,sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini-sejak Allah menciptakan Nabi Adam dan keturunannya-yang lebih dahsyat daripada Dajjal.Dan Allah SWT tidak mengutus seorang rasul atau nabi pun kecuali ia memperingatkan umatnya terhadap kemunculan Dajjal.Aku adalah Nabi terakhir,dan kamu sekalian adalah umat terakhir pula.Dajjal pasti keluar di tengah-tengah kalian.Jika ia keluar,sedang aku ada di antara kalian,maka aku akan mengalahkannya dengan hujjah dan kemampuanku.Jika ia keluar setelah aku tiada,maka setiap orang menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya.Allah adalah penggantiku bagi setiap Muslim….”(Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam setiap Musnad-nya,Ibn Khuzaimah,dan al-Hakim dari Abu Umamah r.a).
Para ilmuwan sering dibuat bingung oleh kebanyakan fenomena misterius yang terjadi di dunia ini.Dua dari sekian banyak fenomena itu adalah Segitiga Bermuda dan Piring Terbang.Bagaimanakah sesungguhnya hakikat kedua fenomena ini?Adakah hubungan dan jaringan misterius antara kedua fenomena ini dengan Dajjal?
Di sebuah negeri paling indah di dunia ini,yakni Swedia,Muhammad Isa Dawud menyentuh “benang-benag atau jaringan misterius” antara Dajjal dengan kedua fenomena ini.Dengan kajian atas berbagai manuskrip kuno yang ditemukannya dari berbagai negeri,penulis buku ini menyimpulkan bahwa Dajjal akan muncul dari Segitiga Bermuda.
Buku ini mengungkapkan berbagai rahasia tersembunyi dan fenomena membingungkan seputar jati dir dan sepak terjang Dajjal,makhluk bermata satu dan penyebar fitnah,yang kemunculannya di akhir zaman telah diramalkan jauh hari sebelumnya oleh Nabi kita.Inilah buku pertama yang menelaah perihal Dajjal,yang masih amat jarang dibahas orang.
Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh hingga kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi ia sentiasa lebih kuat daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri.
Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya. Apa yang ada di Bermuda Triangle?

Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan arah ke utara. Anda dikira ?hilang? . Satu lagi tempat dikenali sebagai ?Devil?s Sea? oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki keanehan serupa.
Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan okey. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia tiba- tiba ghaib!
Apa yang sebenarnya telah berlaku?
Teringat saya pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, ?Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).?
Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus ? panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.
Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. Perkara- perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan ?istana? syaitan yang mungkin tersembunyi di situ.
Malah saya pernah membaca sebuah buku bertajuk ?Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda? oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan jin di mana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan Islam memiliki semua jawapan untuk semua persoalan.
Leave a Reply: